BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 29, 2011

Life VS Sombong

Lelaki VS Ego...Live VS Sombong..

aku mnulis..bkn sbb aku nk mgate..cume aku nk luahkan rase..
yer..aku tau..ko EXECUTIVE..aku xde hak nk tegur...
tp ko ckp kwn aku "attitude n knwldge paling teruk..."
ellow!!! ko fikir ko spe nk kte cmne tu kt kwn aku..
mentang2 ko kt atas..ko ingt sket..idup ni mcm rode! kp PASTI akn kbwh jgk nnti!
adoy..makin mympah aku..

utk KAU yg sombong tu...
JGN jdikan aku n kwn2 aku sbgai hamba kau..
ok sekian..

Tuesday, July 05, 2011

semue dsebabkan exam tu..so kne...................


Jawatan Kanan Disandang Wanita - Malaysia Di Tangga Ketujuh


Malaysia menduduki tempat ketujuh di dunia bagi jawatan kanan yang disandang oleh wanita dengan kadar 31 peratus.
Demikian menurut tinjauan Laporan Perniagaan Antarabangsa 2011 Grant Thornton.

Dalam satu kenyataan pada 9 Mac 2011, Thornton berkata di peringkat global, wanita memegang 20 peratus jawatan kanan pengurusan tahun lepas, susut daripada 24 peratus pada 2009, dan meningkat hanya satu peratus daripada 2004.
Dalam tinjauan sukuan tahun Perusahaan Kecil Hingga Besar (MLE)nya itu, Grant Thornton juga mendapati peratusan MLE yang tiada wanita dalam pengurusan kanan masing-masing meningkat kepada 38 peratus berbanding 35 peratus pada 2009.
Rakan urusan SJ Grant Thornton, Datuk N.K. Jasani, berkata kedudukan Malaysia itu amat memberangsangkan.
Malaysia adalah yang ketujuh daripada 39 negara yang ditinjau manakala dalam Asean, hanya Thailand pada 45 peratus dan Filipina pada 35 peratus yang mendahului Malaysia.
Jasani berkata beberapa ekonomi dalam Asia Pasifik berkembang pantas dan perniagaan mempunyai skop yang luas untuk berkembang dan seterusnya menambah pekerja masing-masing.
Sementara itu, India, Emiriyah Arab Bersatu dan Jepun mencatatkan kurang daripada 10 peratus jawatan kanan pengurusan yang disandang oleh wanita.
Sumber: BERNAMA


Gas Asli Malaysia Masih Murah

Harga gas asli di Malaysia masih murah berbanding negara jiran meskipun dengan kenaikan mulai 31 Mei 2011.
Malah, sebelum atau selepas kenaikan, harga di negara ini murah dibandingkan dengan Thailand sebanyak RM18.23 setiap juta unit termal British (MMBtu), Indonesia RM21.04, Singapura RM43.32 dan Vietnam RM18.70.
Kenaikan dalam bekalan gas ke sektor perindustrian adalah wajar, iaitu daripada RM15 setiap MMBtu kepada RM16.07 setiap MMBtu, jika dibandingkan dengan negara serantau seperti Thailand (RM19.46), Indonesia (RM18.74) dan Singapura (RM133.45).
Fungsi PETRONAS
PETRONAS akan menaikkan harga gas yang dibekalkan kepada sektor elektrik dan perindustrian sebanyak RM3 setiap MMBtu setiap enam bulan mulai esok sehingga Disember 2015. Namun, mulai 2016, harga gas akan mengikut harga pasaran.
Sehingga akhir 2010, PETRONAS menyalurkan kira-kira RM131.3 bilion dalam bentuk subsidi gas kepada kedua-dua sektor kuasa dan bukan kuasa. Jika harga gas kekal pada RM10.70 setiap MMBtu dalam sektor kuasa dan RM15.35 setiap MMBtu dalam sektor bukan kuasa, sebanyak RM27.22 bilion subsidi perlu ditanggung pada 2011.  Walaupun ada kenaikan, PETRONAS masih perlu menanggung RM25.64 bilion subsidi. Ini hanya pengurangan sebanyak RM1.58 bilion.
Pada masa ini, harga pasaran untuk gas bagi sektor kuasa ialah RM47.42 setiap MMBtu dan PETRONAS membeli kira-kira 36 peratus daripada gas di luar Malaysia.
Menanggung subsidi gas akan membataskan keupayaan Petronas untuk menyumbang dari segi dividen dan cukai korporat serta mengehadkan kelebihannya untuk melabur semula bagi mengekalkan aliran pendapatan masa depan.
Sumber : BERNAMA
Artikel dimasukkan pada 31 Mei 2011

Tarif Baru Elektrik

Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Jun 2011. Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu.
Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang. Daripada jumlah pengguna domestik itu, 900,000 adalah golongan berpendapatan rendah, manakala 200,000 lagi miskin tegar.
Pengguna yang dijangka terbabit dengan kenaikan, iaitu yang menggunakan elektrik antara 301 hingga 1000 kWj sebulan hanya berjumlah 1.39 juta atau 23.5 peratus.
Mereka akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan antara tujuh sen hingga RM30.30 atau 0.1 peratus hingga 10 peratus. Bagaimanapun, kerajaan akan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.
Bantuan ini membabitkan kos RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung.
Pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200kWj sebulan akan mengalami kadar kenaikan maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan. Pengusaha industri memproses makanan kecil-kecilan yang menggunakan elektrik kurang 200kWj sebulan juga mengalami kenaikan yang sama, tetapi hanya RM4 sebulan.
Info
- Pakej Penstrukturan Tarif Elektrik yang diluluskan kerajaan untuk dilaksanakan oleh TNB
- Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi Penyimpan Tenaga Thermal (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj untuk menyokong pembangunan teknologi hijau dan pengurusan tenaga (DSM)
- Mengurangkan kadar tunggu sedia charge yang dikenakan ke atas pepasangan penjanaan bersama daripada RM25/kWj sebulan kepada RM12/kWj sebulan untuk pengguna voltan tinggi dan RM14/kWj sebulan untuk pengguna voltan sederhana bagi menggalakkan penggunaan tenaga lebih cekap
- Memberi potongan 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan, seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya kerajaan
- Syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembetungan diletakkan di bawah kategori tarif industri
- Mengekalkan Tarif Khas Pertanian yang diperkenalkan pada 2006.

Kerajaan Prihatin
- Elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.
- Bantuan membabitkan RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung
Sumber: Berita Harian
Artikel dimasukkan pada 31 Mei 2011

Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Tawar Pinjaman Sehingga 105 Peratus

Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.
Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.
Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak.
Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang.
pmprima
Perdana Menteri melihat model rumah selepas majlis Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia, di Putrajaya
pada 4 Julai 2011
Projek PR1MA
  • Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.
  • Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi.
  • Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000.
  • Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah.
  • Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).
  • Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai.
Sumber : Berita Harian
Artikel dimasukkan pada 5 Julai 2011

Friday, July 01, 2011

Nikon D3100


Idaman...


Nikon D3100 video/picture test...